Friday, 27 October 2017

CATATAN HATI

Ada sesuatu yang terasa hampa
Saat langit semakin menua
Ada sesuatu yang terasa berbeza
Saat hujan hujan bertahan antara mega

Sendiri dan sepi, aku ingin berlari
Menelusuri mimpi yang tak kunjung menepi
Atau haruskah aku hanya berdiri disini
Mengeja bait pelangi yang kian pudar

Di penghujung hari
Ketika senja berlalu dan pergi
Ketika hati ini terhenti bernyanyi
Aku ingin kau kembali

Di sini, sekali lagi.

catatan buat si pemilik nama indrawany

Friday, 8 January 2016

SEGENGGAM TABAH




Betali arus dugaan tiba menakung sebak air mata, namun tak pernah pun setitis gugur bederai di pipi mu. Tidak kau tempah hidup sengsara. Suratan nasib yang melanda menongkah badai yang begelora  kau redah besendirian.

Segenggam tabah kau pertahankan buat bekalan di perjalanan. Kau rawat luka yang berdarah, kau balut hati yang calar. Telah tertulis suratan nasibmu derita buatmu ada hikmahnya. Terlukis senyum di bibir lesu tiada siapa tahu hati mu.


Ingatlah kau biarpun keruh air di hulu, mungkin jenih di muara. Biarpun jenuh hidup dipalu, pasti bertemu tenangnya nanti.

RAHSIA


 Ku capai sebatang pen
Ku ambil sekeping kertas

Ku luah apa yang bermain di bernak fikiran
Ku hurai apa yang perlu
Ku rungkai apa yang terbuku

Ku layangkan ke udara
Ku serah pada angin
 Biar sampai entah ke mana

Biar rahsia itu ku kongsi

Dengan siapa aku tak pasti.

Langkah Si Anak Muda


 Berjalanlah kau anak muda. melangkah dengan mimpi-mimpi usang. Harapan yang kian lusuh menjadi tujuan. Langkah rapuh mu harus kau paksakan untuk terus melangkah. Walau perit aturlah langkah itu menjadi sebuah alunan merdu. 

Bebanan mu masih sarat begitu juga titian itu. masih terlalu panjang untuk kau seberangi. Demi panji dan demi janji jangan kau menghampakan. Demi budi dan demi bakti, srikandi sejati sedang menanti kepulagan mu. Menanti si pewiranya kembali.

Disebalik wajah murung jelas bibir mu nampak kekeringan. Ku pasti disebalik riak wajah mu pastinya hati mu lebih tegar menghadapi pejalanan ini. apa pun yang terjadi tetaplah tersenyum seperti hujung pelangi yang mampu melembutkan hati.

Harapan mu bak sekuntum bunga. Berputik di hujung ranting, gugurnya tidak pasti bila. Peluh becampur debu jalanan deras mengalir di tubuh mu, akan menjadi saksi peritnya pejalanan yang kau susuri. Ketika awan-awan kelabu berarak, jangan kau samakan takdir mu dengan awan yang bakal menitiskan titisan air di muka bumi ini.


Langkah konta tak tearah tak pasti lagi halaman mana yang akan kau singgahi. Kau sandarkan seluruh kudrat yang tersisa menuju destinasi. Mendaki menuju puncak yang melambung tinggi di sana.

Saturday, 21 February 2015

TABAHKAN HATI MU…


Mereka dan mereka adalah si serigala buas yang berpura jinak untuk mernekam mangsa menjadi bakai. Tidak memadai hanya kecapi rasa nafsu si serakah. Mahukan harta yang mampu beli satu semesta. bersembunyi di sebalik propaganda yang sengaja direka bagi mendapatkan apa yang mereka kehendaki. Bumi yang dulunya kaya kini kian daif angkara tamak haloba. hilang segala kelebihan. Kerana takhta mereka menjerat mereka yang lemah. Si cendekiawan yang membangkang di hapuskan. Kini mereka yang tersisa di gugat dengan ancaman. Khalifah yang adil diguling angkara si durjana yang pengecut.

Satu demi satu kekayaan yang dimiliki kini tersepit di taring si buas. Tiada siapa yang terdaya melawan, inikan lagi turun ke medan perang untuk memenangi takta yang dirampas. Tentera fisbilillah yang kental untuk syahid di bumi anbiya di kecam dunia angkara pemimpin yang tunduk kepada kuasa yang zalim. Menidakkan pejuangan hakiki demi saudara yang ditindas. Ternyata mata mereka dibutakan, segala kebaikan kini di putarkan belitkan. Hanya kepalsuan yang dipertontonkan kepada dunia.
Ternyata dunia sedang tidur lena, mereka yang dia atas bisu lagi lumpuh. Kuasa yang dimiliki hanya sebagai hiasan semata. Mereka kakuh sedang saudara memerlukan, mereka membisu ketika dunia memerlukan suara lantang keadilan mereka. 



            Tidak akan ada noktahnya, dan tiada siapa yang tahu dimanakah pengakhiran semua ini. Sudah terlalu ramai yang gugur, sudah terlalu ramai yang telah menjadi korban. Anak muda turut tejerumus kerana angkara ketamakan. Hanya kesatuan hati-hati nurani bersaudara yang akan menoktahkan semua ini. 

Sunday, 15 February 2015

Refleksi sebuah perjalanan.




                Sahabat, biarlah ‘singa-singa’ yang penuh semangat membara hadir di dalam jiwa antum. Rawatlah singa-singa itu dengan ketulusan hati sanubari dan keluhuran budi. belailah bulu kedamaiannya, asahlah rahang persahabatanya. Pertajamkanlah kuku-kuku kesabaranya agar dia mampu menjadi lebih tegar mengharungi onak.

Perjalanan ini terlalu panjang untuk antum nanar. Namun sesulit apapaun perjuangan yang antum tempuh, sebanyak manapun peluh yang antum keluarkan dan sederas apapun air mata yang antum alirkan. Sungguh semua itu belum setanding dengan sebuah cita-cita suci untuk antum menggegar sejarah baru di muka bumi ini.

Ukiran yang kita lakar dalam setiap langkah akan terlihat indah ketika ketulusan dan keikhlasan yang menjadi warnanya. Namun ketika semua itu ternoda oleh rasa riak dan rasa sombong, semua itu tidak lagi bermakna.

Ingatlah antum, ketika antum berada jauh di hadapan jangan lupa untuk menoleh seketika ke belakang agar antum tidak lupa antum pernah berada di belakang suatu ketika dahulu. Apabila antum berada di atas janganlah antum angkuh untuk menghulur tangan kepada mereka yang dibawah.

Besabarlah antum, penjuangan yang antum pilih bukanlah semudah yang antum inginkan. Antum sendiri pernah berkataa bahawa tiada jalan mudah untuk kita mengapai setiap impian.Akhir kalam untuk antum, inilah pejuangan suci yang antum inginkan. 

Ingatlah antum jangan pernah menyerah. Antum sudah terlalu jauh belayar. Destinasi yang antum tuju kini kian hampir. Jagalah diri antum di tempat orang.

Friday, 21 February 2014

MAWAR HITAM


 
 

Luka itu memang terlalu berat untukmu.. Terlalu keras untuk kau rasakan.
Tak seperti keinginan dan harapan yang selalu kau impikan, kau inginkan, kau khayalkan dan kau bayangkan dulu.Mestinya kau sedari itu sejak dulu lagi.  Ternyata keyakinan yang kau miliki tidak cukup gagah untuk melawan  dan akhirnya kau layu tidak mampu untuk melawan takdir mu sendiri..


Kini kau tidak ubah seperti mawar hitam yang menghiasi kegelapan malam. Langit mu tetap saja hitam meski air mata darah kau curahkan. Jalan mu hitam, sehitam warnah darah di luka mu sehingga aku tak pernah tahu kemana kau akan melangkah setelah ini.

MAWAR HITAM,, meratapi diri bukan jalan terbaik untuk tetap bediri. Penyesalan itu memang selalu menakutkan, tapi itulah kenyataan.. apakan daya ini jalan yang kau pilih dulu. Jangan menangis, harungilah setiap waktu mu meski kau sesali. Singkirkan semua bila tidak lagi kau inginkan
.

 

‘Aku hanya mampu beharap kau akan mekar menjadi mawar penghias taman.

Carilah dan kejarlah apa yang kau impikan.’