Mereka dan mereka
adalah si serigala buas yang berpura jinak untuk mernekam mangsa menjadi bakai.
Tidak memadai hanya kecapi rasa nafsu si serakah. Mahukan harta yang mampu beli
satu semesta. bersembunyi di sebalik propaganda yang sengaja direka bagi
mendapatkan apa yang mereka kehendaki. Bumi yang dulunya kaya kini kian daif
angkara tamak haloba. hilang segala kelebihan. Kerana takhta mereka menjerat
mereka yang lemah. Si cendekiawan yang membangkang di hapuskan. Kini mereka
yang tersisa di gugat dengan ancaman. Khalifah yang adil diguling angkara si
durjana yang pengecut.
Satu demi satu kekayaan
yang dimiliki kini tersepit di taring si buas. Tiada siapa yang terdaya
melawan, inikan lagi turun ke medan perang untuk memenangi takta yang dirampas.
Tentera fisbilillah yang kental untuk syahid di bumi anbiya di kecam dunia
angkara pemimpin yang tunduk kepada kuasa yang zalim. Menidakkan pejuangan
hakiki demi saudara yang ditindas. Ternyata mata mereka dibutakan, segala kebaikan
kini di putarkan belitkan. Hanya kepalsuan yang dipertontonkan kepada dunia.
Ternyata dunia sedang
tidur lena, mereka yang dia atas bisu lagi lumpuh. Kuasa yang dimiliki hanya
sebagai hiasan semata. Mereka kakuh sedang saudara memerlukan, mereka membisu
ketika dunia memerlukan suara lantang keadilan mereka.
Tidak
akan ada noktahnya, dan tiada siapa yang tahu dimanakah pengakhiran semua ini.
Sudah terlalu ramai yang gugur, sudah terlalu ramai yang telah menjadi korban.
Anak muda turut tejerumus kerana angkara ketamakan. Hanya kesatuan hati-hati nurani
bersaudara yang akan menoktahkan semua ini.

